Zuraida tewas, Rodziah menang selesa

Rodziah yang menang di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh undi sebanyak 56, 754 undi .
Rodziah yang menang di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh undi sebanyak 56, 754 undi .
A
A
A

AMPANG - Hasrat calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjadi kenyataan.

Beliau terpaksa akur apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya menawan semula kerusi tradisi parti berkenaan menerusi kemenangan calonnya, Rodziah Ismail dengan jumlah majoriti 29, 681.

Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rodziah yang menang di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh undi sebanyak 56, 754 undi menewaskan lapan calon lain yang bertanding.

Rodziah mendahului calon Perikatan Nasional, Sasha Lyna Abdul Latif yang memperoleh 27, 073 undi dan calon BN, Ivone Low Yi Wen yang memperoleh 11, 509 undi dan calon Gerakan Tanah Air, Dr Nurul Ashikin Mabahwi yang memperoleh 2, 653 undi.

Zuraida selaku penyandang hanya memperoleh 4, 589 undi, calon Parti Warisan (Warisan), Bryan Lai Wai Chong memperoleh 1, 423 undi dan tiga calon bebas M Raveendaran, 148 undi, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, 188 undi dan Tan Hua Meng, 93 undi.

Pada PRU14 lalu, Zuraida yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru.

Artikel Berkaitan: