PRU15: Khalid Norden, Hasni, Azalina menang di Johor

Gambar dari kiri: Azalina, Khaled, Hasni
Gambar dari kiri: Azalina, Khaled, Hasni
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa calon BN berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Norden menang di kerusi Parlimen Kota Tinggi dengan majoriti 8,390 apabila memperoleh 25,410 undi.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Ridhwan Rasman yang memperoleh 17,020 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Onn Jaafar hilang depositi dengan 4,903 undi.

Sementara itu bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menang di Simpang Renggam dengan majoriti 1,821 undi menewaskan Dr Maszlee Malik dari PH (16,491) dan calon PN, Mohd Fazrul Kamat (9,077) serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Kamal Kusmin (251).

Datuk Seri Azalina Othman pula mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang dengan majoriti 5,010 selepas mendapat 21,738 undi.


Artikel Berkaitan: