BN menang bergaya di Beaufort

Siti Aminah diumum menang kerusi Parlimen Beaufort.
Siti Aminah diumum menang kerusi Parlimen Beaufort.
A
A
A

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) menang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi melalui calonnya Datuk Siti Aminah Aching.

Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau yang mendapat undi sebanyak 10,570 berjaya menewaskan lima calon lain iaitu Johair Mat Lani daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dengan 8,052 undi dan Dikin Musah daripada Pakatan Harapan (PH) 7,835 undi.

Selain itu, Aminah turut menewaskan Masri Adul daripada Parti Warisan (Warisan) dengan 2,152 undi dan calon Bebas Mat Lani dengan 143 undi.

Barisan Nasional (BN) menang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi melalui calonnya Datuk Siti Aminah Aching.
Barisan Nasional (BN) menang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi melalui calonnya Datuk Siti Aminah Aching.

Jumlah keseluruhan undi sebanyak 29,298 dan pengundi berdaftar seramai 43,248 namun peratusan pengundi keluar mengundi adalah sebanyak 67.74 peratus.

Parlimen Beaufort sebelum ini merupakan kerusi tradisi BN namun bekas Ahli Parlimennya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun bertukar parti kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Artikel Berkaitan: