PRU15: Anggota APM tetap mengundi biarpun bertugas

Anggota dan pegawai APM tetap melaksanakan tanggungjawab selaku pengundi biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan.
Anggota dan pegawai APM tetap melaksanakan tanggungjawab selaku pengundi biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Biarpun menggalas tugas menguruskan ribuan mangsa banjir, namun tanggungjawab mengundi tetap dijalankan lebih 300 anggota Angkatan Pertahanan Awam(APM) di sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam(APM) Selangor, Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, warga APM menjalankan tanggungjawab mengundi biarpun menggalas tugas yang diberikan.

Menurutya, selain bertanggungjawab dalam memindahkan penduduk yang terlibat banjir, anggota dan pegawai terlibat turut bertugas 24 jam dalam pelbagai tugasan.

"Setiap anggota dan pegawai APM sememangnya perlu menjalankan tanggungjawab dengan mengundi sebagai rakyat di negara ini.

"Setakat ini, seramai 370 anggota dan pegawai APM yang mengundi di seluruh kawasan Parlimen di negeri ini manakala pengundi pos terdiri daripada 99 anggota serta pegawai," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Anggota APM menggalas tanggungjawab besar dalam membantu mangsa terlibat banjir di negeri ini.
Anggota APM menggalas tanggungjawab besar dalam membantu mangsa terlibat banjir di negeri ini.

Dalam pada itu, Pegawai Pasukan APM Klang, Mohd Shahrir Musa berkata, dia bersama rakan-rakan setugas sempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Gembira sebelum kembali bertugas di pusat pemindahan sementara(PPS) Kampung Johan Setia dekat sini.

"Pada tahun ini, kita menghadapi suasana banjir dan pada masa sama terpaksa mengundi bagi menjalankan amanah sebagai rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai anggota penyelamat yang bertugas, kami terpaksa mengundi seawal mungkin secara bergilir gilir untuk kembali bertugas seperti biasa," jelasnya.

Pada Sabtu, jumlah mangsa banjir terkini melibatkan seramai 1,092 individu yang ditempatkan di 14 pusat PPS di negeri ini membabitkan empat di Kuala Selangor, Sabak Bernam (2), Klang (3), Sepang (6) dan Kuala Langat (1) manakala dua lagi PPS berada dalam status pemantauan sekiranya berlaku penambahan di lokasi berdekatan.