PRU15: TNB pastikan bekalan elektrik stabil

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir. Baharin Din (duduk tengah) memberi sokongan kepada anggota kerja TNB yang sedang tunggu sedia di perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta anggota kerja bertugas di bilik gerakan seluruh semenanjung secara dalam talian.

A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 3,200 anggota kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditugaskan untuk memantau dan menunggu sedia setiap masa di lapangan serta bilik gerakan operasi ketika proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, pihaknya komited dalam memastikan bekalan elektrik di 6,623 Pusat Mengundi dan 165 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Semenanjung berada dalam keadaan baik pada hari pengundian berlangsung.

“Situasi bekalan elektrik seluruh negara dipantau setiap masa sehingga proses penjumlahan rasmi undi yang dijangka berlanjutan sehingga tengah malam nanti,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Wan Nazmy berkata, TNB turut mendepani situasi banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negeri yang terbabit dengan memastikan bekalan elektrik di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak terganggu.

Anggota kerja TNB Kuantan sedang menyediakan peralatan set janakuasa di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Dato Sri Abdul Manan, Kuantan, Pahang
Anggota kerja TNB Kuantan sedang menyediakan peralatan set janakuasa di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Dato Sri Abdul Manan, Kuantan, Pahang

"Selain itu, lori janakuasa bergerak dan set janakuasa mudah alih telah ditempatkan di setiap Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dan beberapa lokasi banjir sebagai tunggu sedia untuk memberikan bekalan sekiranya diperlukan," ujarnya.

Sebelum ini, sebagai langkah berjaga-jaga, TNB turut memberikan peringatan kepada semua pihak agar mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah dalam usaha mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.

Artikel Berkaitan: