PRU15: 20 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi

Orang ramai kelihatan beratur untuk mengundi di Pusat Mengundi SK Puncak Alam 2 bagi Parlimen Kuala Selangor sempena PRU15 hari ini. Foto Bernama
Orang ramai kelihatan beratur untuk mengundi di Pusat Mengundi SK Puncak Alam 2 bagi Parlimen Kuala Selangor sempena PRU15 hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kira-kira 20 peratus pengundi yang telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi, Sabtu.

Sebelum ini, Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 38,348 tempat mengundi (saluran) akan dibuka bermula 7.30 pagi melibatkan seramai 363,515 orang petugas.

PRU15 kali ini menyaksikan perebutan 221 kerusi Parlimen selepas pengundian di Parlimen Padang Serai dibatalkan susulan calon Pakatan Harapan (PH), Karupaiya Mutusami meninggal dunia tiga hari sebelum hari mengundi akibat sakit jantung.

Jumlah itu menjadikan seramai 939 calon yang bertanding di Parlimen kali ini berbanding jumlah asal seramai 945 apabila pengundian di kerusi Padang Serai yang melibatkan enam calon dibatalkan.

Sementara itu, satu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang iaitu DUN Tioman turut berdepan situasi sama apabila calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi tersebut meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Rompin kira-kira lima jam sebelum pengundian dibuka pada jam 8 pagi.

Artikel Berkaitan: