Kemalangan sebabkan trafik sesak dari Ayer Keroh ke Jasin

Antara kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 189.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Jumaat.
Antara kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 189.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Jumaat.
A
A
A

JASIN - Kemalangan dipercayai melibatkan tiga buah kereta dan tiga bas ekspres di Kilometer 189.6 Lebuhraya Utara-Selatan telah menyebabkan kesesakan trafik sejauh 14 kilometer arah selatan pada Jumaat.

Plustrafik di laman Twitter melaporkan pada jam 12.01 tengah hari, kemalangan itu menyebabkan semua lorong terhalang dan kesesakan berlaku dari arah Ayer Keroh ke Jasin.

"Kemalangan Kilometer 189.6 arah selatan dari Ayer Keroh ke Jasin, semua lorong terhalang. Trafik tidak bergerak," demikian menurut laporan tersebut.

Aliran trafik perlahan dari Ayer Keroh menghala ke Jasin.
Aliran trafik perlahan dari Ayer Keroh menghala ke Jasin.

Status terkini, hanya lorong kecemasan ditutup di lokasi kemalangan dan trafik terus sesak lebih 14 kilometer sehingga jam 12.17 tengah hari.

Tinjauan di lokasi mendapati semua kenderaan termasuk dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dan Honda Stream sudah dialihkan dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Berkaitan: