Tanah runtuh: Jalan Mantin-Seremban dibuka semula

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian tanah runtuh di Jalan Mantin-Seremban pada Khamis.
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian tanah runtuh di Jalan Mantin-Seremban pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN- Laluan FT 0001 Jalan Seremban-Kuala Lumpur (Jalan Lama) yang menghubungkan antara Pekan Seremban dan Pekan Mantin dibuka semula kepada semua kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seremban dalam kenyataan berkata, pengguna jalan raya bagaimanapun perlu berhati-hati dan memperlahankan kenderaan semasa melalui kawasan tersebut.

"Kerja-kerja kecemasan melibatkan bencana tanah runtuh sedang dilaksanakan di tapak.

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Jalan Mantin-Seremban di Kilometer 332.50 sepanjang 100 meter ditutup sementara selepas berlakunya kejadian pokok tumbang dan runtuhan cerun akibat hujan lebat.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan ia hanya melibatkan laluan utama terputus hubungan disebabkan tanah dan batu runtuh.

Artikel Berkaitan: