PRU15: Papan iklan kempen calon PH kena khianat

Bahan kempen calon PH yang ditampal dengan perkataan tidak senonoh.
Bahan kempen calon PH yang ditampal dengan perkataan tidak senonoh.
A
A
A

HULU SELANGOR - Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan menyelar tindakan parti lawan yang melakukan khianat pada papan iklan gergasi atau billboard gabungan itu dengan menampal perkataan-perkataan yang kurang sopan.

Beliau berkata, tindakan itu disifatkan sebagai provokasi daripada pihak lawan dan ketandusan idea dalam usaha memenangkan calon mereka.

"Mereka dah kehilangan idea macam mana cara untuk merayu undi.

"Jadi kita perlu tenang dan sabar dan terangkan pada semua masyarakat Hulu Selangor," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, papan iklan gergasi PH yang diconteng di Hulu Selangor adalah di sekitar kawasan Serendah, Sungai Choh dan Batang Kali.

Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Hulu Selangor itu memohon semua pihak untuk bersabar kerana hari berkempen tinggal dua hari lagi sebelum hari pengundian pada Sabtu ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu bebaskan diri daripada perbuatan tidak bermoral dan mengelak daripada mencetuskan perbalahan.

"Jentera PH perlu kekal tenang dengan segala provokasi yang dilontarkan oleh pihak lawan.

Artikel Berkaitan:

"Ketahuilah bahawa mereka dalam ketakutan dan ketandusan idea untuk meraih kemenangan.

"Percayalah jika kamu berbuat baik bermakna kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri," katanya.