73 kawasan di Selangor terjejas banjir

Keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya di Taman Sri Muda setakat tengah hari Khamis.
Keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya di Taman Sri Muda setakat tengah hari Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Operasi Smart Selangor memaklumkan antara daerah yang terjejas banjir setakat jam 11 pagi pada Khamis membabitkan Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sepang.

Sebanyak 73 kawasan terjejas di enam daerah berkenaan dengan menyaksikan Klang tersenarai sebagai kawasan paling teruk dilanda banjir diikuti Sepang dan daerah Petaling.

Dalam pada itu, pusat operasi berkenaan dalam kenyataan sama turut memaklumkan akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku.

"Maklumat terkini juga akan disampaikan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu pada Khamis.

Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian di Taman Sri Muda, Seksyan 25, di sini mendapati pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan giat melakukan pembersihan di sekitar kawasan berkenaan.

Pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan giat melakukan pembersihan di sekitar kawasan Sri Muda Seksyen 25 di sini.
Pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan giat melakukan pembersihan di sekitar kawasan Sri Muda Seksyen 25 di sini.

Sebuah pam air turut ditempatkan berdekatan sungai utama bagi mengepam air keluar dari kawasan Sri Muda memasuki sungai berkenaan bermula sejak awal lagi Khamis sehingga tengahari.

Artikel Berkaitan:

Sebuah pam air turut ditempatkan berdekatan sungai utama bagi mengepam air keluar dari kawasan Sri Muda memasuki sungai utama berkenaan.
Sebuah pam air turut ditempatkan berdekatan sungai utama bagi mengepam air keluar dari kawasan Sri Muda memasuki sungai utama berkenaan.


Senarai kawasan yang terjejas mengikut daerah:


Klang

1. Jalan samarinda, Taman emas

2. Taman Sri Menegon

3. Taman Melawis

4. Taman Seraya

5. Jalan Sumazau 1f/1e

6. Padang Jawa

7. Sungai Kandis

8. Eng An

9. Taman Johan Setia

10. Jalan Tengku Kelana

11. Taman Awana

12. Jalan Haji Sirat

13. Jalan Landasan, Kampung Bukit Kuda

14. Jalan Sungai Jati

15. Taman Raja Nong

16. Kampung Delek

17. Taman Maznah, Jalan Kampung Jawa

18. Taman Chi Liung

19. Taman Sungai Jati

20. Sungai Udang

21. Batu Belah

22. Kampung Rantau Panjang

23. Kampung Kuantan

24. Taman Alam Shah

25. Taman Bayu Perdana

26. Bandar Bukit Raja

27. Ambang Botanic

28. Kampung Batu 5, Johan setia

29. Taman Sri Muda

30. Bandar Puteri

31. Taman Saujana

32. Kampung Jawa

33. Jalan Kebun Nenas, Taman Sentosa

34. Jalan Sungai Jati

35. Jalan Raja Nong, Taman Saujana Jati

36. Kampung Johan Setia

37. Taman Setia

38. Kampung Mardi

39. Kampung Bukit Naga

40. Taman Maznah

41. Kampung Sungai Kandis

42. Kampung Telok Menegun

Petaling

1. Kampung Tengah

2. Kampung Kuala Sungai Baru

3. Lake Vista Puchong

4. Kampung Sri Aman Lorong Bestari

5. Kampung Bukit Lanchong

6. Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong

7. Kamoung Kenangan

8. Kampung Kebun Bunga

9. Jalan Bunga Tanjung 2a, Kampung Baru Hicom

Hulu Langat

1. Kampung Pasir Baur

2. Kampung Sungai Pening

3. Taman Pasir Mas

4. Kampung Bangi Lama (jln kb1,kb 2, kb 3, kb 5)

5. Taman Reko

6. Kampung Masjid

Kuala Langat

1. Jalan Merak, Batu 9 Kampung Kebun Baru

2. Teluk Panglima Garang

Kuala Selangor

1. Batu 7 Kampung Asahan

Sepang

1. Koa Batu 28

2. Kampung Sri Tanjung, Dengkil

3. Kampung Sungai Buah

4. Kota Warisan

5. Kampung Cemperai

6. Kampung Kolam Air Bangkong

7. Taman Delima

8. Kampung giching

7. Kampung Jenderam Hilir

8. Kampung Orang Asli Batu 28

9. Jalan Perepat, Taman Dato Hormat

10. Kampung Bangkong Bukit Tampoi, Dengkil

11. Jalan Fatimah Labu Lanjut