Saya peduli Klang, 48 jam semua masalah selesai - Deepak

Calon bebas Parlimen Klang berjanji akan bantu penggundi dengan kadar segera

Deepak turut padang mendekati rakyat Parlimen Klang yang bakal mengundi Sabtu ini.
Deepak turut padang mendekati rakyat Parlimen Klang yang bakal mengundi Sabtu ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Rungutan-rungutan daripada rakyat Klang melibatkan masalah penting seperti banjir

dan keselamatan di kawasan tersebut sehingga kini masih belum diselesaikan oleh kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab.

Calon bebas Parlimen P110 Klang, Deepak Jaikishan berkata, beliau akan terus memperjuangkan isu-isu berkenaan bagi memastikan permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Ujar beliau, usahanya dalam menyuarakan perkara yang benar dan telus akan terus dilakukan tanpa arahan daripada mana-mana pihak.

“Saya ingin bawa suara telus saya ke Parlimen, saya tidak diupah, saya merupakan seorang peniaga yang sangat berjaya dan saya tidak boleh dibeli oleh sesiapapun.

“Tidak ada orang yang boleh beli saya kerana saya tidak ada tanda harga,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

DEEPAK
DEEPAK

Artikel Berkaitan:

Deepak mengakui pernah berdepan dengan pelbagai risiko cabaran dan ugutan daripada pihak-pihak tertentu sebelum ini, namun beliau akan kekal berpegang kepada prinsipnya iaitu berani dan telus dalam menyuarakan suara rakyat Klang.

“Saya pernah terima ugutan dan pernah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman beberapa kali. Ada orang pernah hantar peluru ke rumah saya.

“Tetapi saya tidak takut kerana apa juga yang saya sebut dan apa juga kenyataan yang saya buat, sampai hari ini saya tidak pernah pula disaman oleh mereka. Saya bercakap perkara yang benar. Slogan saya berani dan benar,” tegasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai masalah banjir yang dihadapi rakyat Klang, Deepak berkata, pelbagai cara boleh dilaksanakan bagi mengatasi isu tersebut.

Tangani isu banjir

Menurut beliau, antara cadangannya adalah menyediakan satu sistem saliran alternatif di kawasan-kawasan risiko banjir di Klang.

“Contoh yang paling baik adalah sistem Smart Tunnel di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Pada era 80-an dan 90-an, Kuala Lumpur pun (menghadapi masalah) sama, apabila hujan lebat mesti akan berlaku banjir di Sungai Besi, Cheras sehinggalah ke kawasan KLCC.

“Tetapi selepas sistem Smart Tunnel didirikan, hampir semua masalah banjir dapat diselesaikan di kawasan berkenaan,” katanya.

Pelbagai golongan dan kaum disantuni Deepak pada hari-hari terakhir kempen PRU15.
Pelbagai golongan dan kaum disantuni Deepak pada hari-hari terakhir kempen PRU15.

Pada masa sama, beliau turut membuat aku janji dan akan membawa cadangan penyelesaian kepada masalah banjir itu dalam masa 100 hari, sekiranya dipilih untuk membawa mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Selain itu, kata Deepak, pembinaan kolam tadahan juga merupakan alternatif praktikal yang boleh dilaksanakan sebagai penyelesaian kepada masalah banjir di sekitar Klang.

“Kita perlu bina kolam tadahan di merata kawasan yang jelas kita tahu akan berlaku banjir kilat atau yang akan menyebabkan air naik, bukan sahaja di Taman Sri Muda, Pandamaran, Klang tetapi juga di PelabuhanKlang.

“Sekarang ini, apabila berlaku sahaja banjir di Pelabuhan Klang, premis perniagaan dan pendidikan terpaksa ditututp. Kadang kala pelabuhan pun terpaksa tutup,” kata Deepak.

Selain itu katanya, perancangan penyelesaian yang komprehensif perlu dibuat bagi memastikan proses permasalahan banjir dapat diselesaikan dengan teratur.

“Saya faham mungkin berlaku kekurangan peruntukan ketika ini. Wang (bajet) sebanyak RM4 bilion yang dimiliki Kerajaan Selangor mungkin tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini.

“Jadi saya akan memberi cadangan yang komprehensif untuk jangka pendek dan jangka panjang dalam masa 100 hari di mana kerajaan negeri harus melaksanakan sesuatu pelan untuk selesaikan masalah yang dihadapi rakyat Klang,” jelasnya.

Sementara itu, Deepak turut mencadangkan supaya kamera litar tertutup (CCTV) dipasang sebagai langkah menurunkan kadar kes jenayah di Klang.

Deepak pada sidang medianya menyatakan pendekatan telus dan berani dalam memperjuangkan prinsipnya.
Deepak pada sidang medianya menyatakan pendekatan telus dan berani dalam memperjuangkan prinsipnya.

Beliau mengesyorkan rakan-rakan peniaga sama-sama bergabung dengannya dan menderma sebanyak 5,000 unit CCTV kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk di pasang serta dipantau oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD.

Tambahnya, masalah kebersihan melibatkan sampah-sarap di kawasan-kawasan Klang juga perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.

“Sampah-sampah di sini seminggu tidak dikutip. Saya sarankan Penentu Kedudukan Global (GPS) pasang pada lori sampah bagi memantau pergerakan. Kita boleh kesan adakah masalah ini melibatkan pekerja perkhidmatan atau sebaliknya.

“Kalau terpaksa, mungkin kita akan buat perkhidmatan ‘Grab’ lori sampah,” jelasnya.

ADVERTORIAL