PRU15: Kemenangan PH penting kembalikan maruah pengundi

Anwar berucap dalam siri jelajah ceramah umum di Pekan Banting, Kuala Langat
Anwar berucap dalam siri jelajah ceramah umum di Pekan Banting, Kuala Langat
A
A
A

KUALA LANGAT - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) penting bagi mengembalikan maruah pengundi yang tercalar susulan perbuatan khianat beberapa pemimpin.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan parti berkenaan akan memastikan nasib semua kaum dari segenap lapisan umur terbela sekirannya kembali menerajui Putrajaya.

“Anda semua yang jadi pejuang sebenarnya dan tanggungjawab kerajaan baharu, Perdana Menteri baharu menjadi pembela dan perjuangkan nasib rakyat di bawah bukan orang-orang atas.

“Jadi gunakan 19 November ini untuk tolak semua pengkhianat ini. Ini bukan soal Melayu, Cina atau India, ini soal maruah dan hak kita kerana kita mahukan Malaysia yang selamat bagi semua kaum.

"Kita kena jaga semua, kalau saya jadi ketua, saya kena ikhlas. Semua kaum keluarga saya,” katanya ketika berucap dalam siri jelajah ceramah umum di Pekan Banting, Kuala Langat di sini.

Selain pekan Banting, Anwar akan meneruskan jelajah itu ke tujuh lagi Parlimen di Selangor yang diakhiri dengan Grand Finale Jelajah Mega Harapan di Dewan Serbaguna AU 2 di Taman Keramat, Ampang Jaya jam 8 malam pada Rabu.


Artikel Berkaitan: