Kelantan isytihar kelepasan am 18, 19 November

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengisytiharkan tarikh 18 dan 19 November ini sebagai hari kelepasan am.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas persidangan mesyuarat kerajaan negeri pada Rabu.

"Memandangkan hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi Kelantan, iaitu Jumaat dan Sabtu maka hari berikutnya iaitu pada Ahad, 20 November dijadikan sebagai hari pelepasan am selaras dengan pekeliling perkhidmatan negeri bilangan tujuh tahun 1996," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, pelepasan am itu adalah bagi memberi kemudahan dan peluang kepada rakyat khususnya yang bertugas di Kelantan untuk keluar atau pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan masing-masing pada Sabtu ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tarikh 18 dan 19 November sebagai hari kelepasan am seluruh Malaysia.

Ia bagi memudahkan rakyat menunaikan kewajipan keluar mengundi pada PRU15 yang ditetapkan pada Sabtu, 19 November ini.


Artikel Berkaitan: