X

Kindly register in order to view this article
!

Agong solat Jumaat di Masjid Al-Iman

Jemaah dan Ahli Jawatankuasa Masjiid Al-Iman yang hadir bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
A
A

AMPANG - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman, Kemensah Heights, di sini.

Seri Paduka, yang berpakaian lengkap berbaju Melayu berwarna kelabu, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.10 tengah hari, disambut oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Datuk Abdul Hamid Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim.

Sultan Abdullah kemudiannya menyertai jemaah mendengar khutbah bertajuk Hikmah di Sebalik Infak yang disampaikan imam masjid berkenaan, Mohd Sanusi Idris.

Mohd Sanusi dalam khutbahnya antara lain menyentuh umat Islam perlu yakin bahawa menyumbangkan harta tidak akan menyebabkan harta menjadi kurang, sebaliknya akan bertambah.

Selesai solat Jumaat, Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!