Perancis hilang khidmat Nkunku

Nkunku (kanan) terpaksa dilepaskan dari skuad Perancis selepas mengalami kecederaan. - Foto Agensi
Nkunku (kanan) terpaksa dilepaskan dari skuad Perancis selepas mengalami kecederaan. - Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG Perancis, Christopher Nkunku digugurkan dari pasukannya yang akan beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Perkembangan itu disahkan Persekutuan Bola Sepak Perancis dalam satu kenyataan sambil memaklumkan pengganti Nkunku akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Nkunku digugurkan daripada skuad yang akan beraksi di Piala Dunia selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

“Kami disini melahirkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa Nkunku dan berharap dia akan sembuh secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, peminat Perancis melahirkan rasa kerisauan berkenaan status Nkunku selepas pemain itu berlaga dengan pemain tengah Real Madrid, Edouard Camavinga pada sesi latihan.

Kecederaan itu nyata merisaukan pengendali Perancis, Didier Deschamps selepas sebelum ini kehilangan tonggak pertahanan, Presnel Kimpembe.

Artikel Berkaitan: