Ghana mampu digeruni di Qatar 2022

Pengalaman Tariq Lamptey bersama Brighton & Hove Albion di saingan Liga Perdana Inggeris menjadi sandaran di Qatar 2022: FOTO: AFP
Pengalaman Tariq Lamptey bersama Brighton & Hove Albion di saingan Liga Perdana Inggeris menjadi sandaran di Qatar 2022: FOTO: AFP
A
A
A

PENGURUS sementara Ghana, Otto Addo optimis Black Stars mampu menjadi lawan yang sukar pada penampilan keempat dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Tanpa pengalaman melatih skuad senior sebelum ini, Addo akan mengadun posisi pemain dalam usaha mereka untuk membentuk pasukan yang mantap.

"Saya bertanggungjawab untuk meletakkan mereka di posisi yang betul supaya boleh menghasilkan persembahan terbaik," katanya.

Addo mengambil alih tugas jurulatih Ghana pada Februari selepas pemecatan Milovan Rajevac susulan penyingkiran awal dari Piala Negara-Negara Afrika.

"Kami boleh menewaskan sesiapa sahaja. Terpulang kepada pemain, bukan saya. Persembahan mereka yang membawa pasukan sejauh ini. Mereka mempunyai kualiti, sama ada bersama saya atau tanpa saya," ujarnya.

Addo menggabungkan peranannya sebagai pengurus bakat di Borussia Dortmund dengan tugas bersama pasukan kebangsaan,

Ghana akan membuka tirai aksi Kumpulan H menentang Portugal pada 24 November ini sebelum menentang Korea Selatan empat hari kemudian dan Uruguay pada 2 Disember.

"Kami akan menentang tiga lawan yang kuat dan kami boleh tewas ketiga-tiga perlawanan atau menang ketiga-tiganya.

Artikel Berkaitan:

"Terpulang kepada kami dan bagaimana mahu menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka. Bagaimana kami menghalang mereka dan bekerjasama sebagai satu pasukan," katanya.

Addo menyifatkan setiap aksi adalah berbeza dan perlawanan pertama akan menjadi penentu untuk pertembungan seterusnya.

"Jika kalah, kami perlu lebih menyerang dalam perlawanan kedua. Tetapi jika tidak, kami boleh meletakkan diri kami dalam keadaan berbeza," ujar Addo.


SKUAD PIALA DUNIA GHANA


Penjaga gol: Lawrence Ati-Zigi (St Gallen), Danlad Ibrahim (Asante Kotoko), Manaf Nurudeen (Eupen)

Pertahanan: Joseph Aidoo (Celta Vigo), Daniel Amartey (Leicester City), Abdul-Rahman Baba (Reading), Alexander Djiku (Racing Strasbourg), Tariq Lamptey (Brighton & Hove Albion), Gideon Mensah (AJ Auxerre), Denis Odoi (Club Brugge), Mohammed Salisu (Southampton), Alidu Seidu (Clermont Foot)

Pemain Tengah: Andre Ayew (Al Sadd), Mohammed Kudus (Ajax Amsterdam), Daniel-Kofi Kyereh (SC Freiburg), Elisha Owusu (Gent), Thomas Partey (Arsenal), Salis Abdul Samed (Racing Lens)

Penyerang: Daniel Afriyie (Hearts of Oak), Jordan Ayew (Crystal Palace), Osman Bukari (Red Star Belgrade), Issahaku Abdul Fatawu (Sporting Lisbon), Antoine Semenyo (Bristol City), Kamal Sowah (Club Brugge), Kamaldeen Sulemana (Stade Rennes), Inaki Williams (Athletic Bilbao).