SKMM siasat pihak hina Yang di-Pertuan Agong

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan ke atas pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.

Menurut satu kenyataan, siasatan dibuat susulan pihak yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam.

"Siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima SKMM daripada orang ramai supaya tindakan segera diambil terhadap pihak berkenaan.

"SKMM juga telah dimaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia juga sedang menjalankan siasatan. Penyelarasan siasatan dan perkongsian maklumat sedang giat dijalankan," katanya.

Sehubungan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita dengan niat untuk mengganggu orang lain.

"Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: