340 kes jersi tiruan bernilai RM5.81 juta dirampas

KPDNHEP menjalankan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara membanteras penjualan jersi tiruan.
KPDNHEP menjalankan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara membanteras penjualan jersi tiruan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan 340 kes jersi tiruan kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 melibatkan nilai rampasan RM5.81 juta.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Azman Adam menerusi kenyataan memaklumkan, jumlah tersebut adalah bagi tempoh Januari hingga 31 Oktober lalu.

"KPDNHEP sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pemilik cap dagang berdaftar bagi memastikan setiap aduan dan tindakan

penguatkuasaan terhadap aktiviti penjualan barangan tiruan termasuk dalam talian dapat diambil di bawah Akta Cap Dagangan 2019," katanya pada Selasa.

Menurutnya, mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan menjalankan aktiviti penjualan barangan tiruan boleh diambil tindakan dan disiasat di bawah akta tersebut.

"Individu tersebut boleh didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun manakala bagi pertubuhan perbadanan pula didenda sehingga RM15,000 bagi setiap barangan tiruan jika disabitkan dengan kesalahan," katanya.

Beliau berkata, peniaga diberi amaran agar sentiasa mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan.

"Selain tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019, KPDNHEP akan mengambil tindakan penguatkuasaan lebih tegas tanpa kompromi di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati

Artikel Berkaitan:

bersalah dalam membekal dan menjual barangan tiruan, menyediakan atau menyewakan premis bagi tujuan itu," katanya.

Kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 bakal berlangsung pada 20 November sehingga 18 Disember ini dengan Qatar sebagai tuan rumah.