Wanita cedera ditendang, ditumbuk suami

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita cedera setelah ditendang dan ditumbuk suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini pada Ahad.

Suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 27 tahun bagaimanapun berjaya diberkas polis tidak sampai beberapa jam selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan diterima pihaknya oleh mangsa berumur 29 tahun mendakwa dipukul suaminya.

"Siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suspek kira-kira jam 10 malam sebelum mangsa dipukul pada bahagian muka dan perut.

"Mangsa kemudian menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan, sebelum suspek diberkas anggota polis yang datang ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, suspek didapati mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan dadah.

"Siasatan mendapati suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan kaki pada bahagian perut dan muka selain mengugut mangsa sehingga mengakibatkan mangsa ketakutan.

"Mangsa difahamkan telah beberapa kali dipukul suspek sebelum ini namun mangsa tidak membuat laporan polis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.