Polis kesan dua saksi kes bunuh

Gambar dari kiri: Nik Soh Sulaiman, Muhammad Fahmi Nazman
Gambar dari kiri: Nik Soh Sulaiman, Muhammad Fahmi Nazman
A
A
A

TANAH MERAH - Polis mengesan dua saksi kes bunuh yang berlaku di sebuah bangsal dekat Jalan Wan Ahmad di sini pada 26 Januari 2019 lalu.

Pemangku Ketua Polis Tanah Merah, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kedua-dua individu itu Muhammad Fahmi Nazman, 20, dan Nik Soh Sulaiman, 71, diperlukan bagi membantu perbicaraan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Alamat terakhir mereka ini ialah Kampung Chat Rimau.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka berdua diminta menghubungi talian 09-7932222 atau 019-9637121," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurut beliau, kerjasama ini amat diperlukan bagi membantu melancarkan lagi kes perbicaraan tersebut.

Artikel Berkaitan: