PM Kemboja disahkan positif Covid-19 di Bali

Hun Sen - Foto AFP
Hun Sen - Foto AFP
A
A
A

NUSA DUA - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen positif Covid-19 selepas menjadi tuan rumah kepada beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, baru-baru ini.

Pemimpin paling lama memerintah Asia itu berkata dalam catatan Facebooknya bahawa beliau mendapat keputusan positif apabila tiba di Indonesia untuk Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tetapi tidak mengalami sebarang gejala Covid-19.

Hun Sen mengadakan pertemuan tanpa memakai pelitup muka dengan pemimpin dari lapan negara Asia Tenggara serta AS, China, Jepun, Australia serta Kanada pada sidang kemuncak ASEAN yang berakhir Ahad lalu.

Rakan senegara yang dikasihi! Sekarang saya telah diuji positif untuk Covid-19," tulisnya di Facebook seperti dilaporkan AFP.

Menurutnya, beliau telah diuji sama ada dijangkiti Covid-19 pada setiap hari termasuk sebelum terbang ke Bali dan semua keputusannya ialah negatif.

Dalam catatannya di Facebook, beliau tidak pasti bila virus iti diperolehnya tetapi apabila tiba di Bali, sampel untuk ujian Covid-19 diambil daripadanya oleh pihak Indonesia pada waktu petang dan pada waktu pagi beliau disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, katanya. beliau 'bertuah' kerana tiba di Bali lewat sekali gus menyebabkannya terlepas makan malam bersama pemimpin-pemimpin lain.

Atas sebab-sebab keselamatan, delegasi Kemboja akan pulang ke tanah air pada Selasa, katanya.

Artikel Berkaitan:

Ini bermakna beliau akan terlepas pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok akhir minggu ini. - Agensi