Faham keluh-kesah anak muda Felda, PM tangani masalah generasi kedua

A
A
A

Kejayaan dan pembangunan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dinikmati hari ini merupakan usaha berterusan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun sudah semestinya perjuangan dan tekad bekas Perdana Menteri ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang cekal mewujudkan Felda pada 1956 bagi membasmi kemiskinan luar bandar khususnya orang Melayu merupakan titik tolak kepada kemewahan yang dinikmati itu.

Terbaharu, warga Felda dikhabarkan mendapat 'durian runtuh' apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif seperti diumumkan Ismail Sabri pada sambutan Hari Peneroka Felda baru-baru ini.