Nahas dua pesawat perang dunia korbankan 6 orang disiasat

Siasatan sedang dijalankan berhubung nahas udara yang mengorbankan enam orang selepas dua pesawat Perang Dunia Kedua bertembung semasa pertunjukan udara pada Sabtu, di bandar Dallas, AS. - Foto Associated Press
Siasatan sedang dijalankan berhubung nahas udara yang mengorbankan enam orang selepas dua pesawat Perang Dunia Kedua bertembung semasa pertunjukan udara pada Sabtu, di bandar Dallas, AS. - Foto Associated Press
A
A
A

HOUSTON - Siasatan sedang dijalankan berhubung nahas udara yang mengorbankan enam orang selepas dua pesawat Perang Dunia Kedua (WWII) bertembung semasa pertunjukan udara pada Sabtu, di bandar Dallas, Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa pada Ahad.

"Menurut Pemeriksa Perubatan Daerah Dallas enam orang terbunuh dalam insiden pertunjukan udara Wings over Dallas pada Sabtu," kata Hakim Daerah Dallas Clay Jenkins dalam tweetnya, lapor Xinhua.

Video di Twitter menunjukkan sejurus selepas berlanggar, kedua-dua pesawat terhempas ke tanah, menyebabkan kebakaran besar dan kepulan asap hitam.

Jenkins berkata pihak berkuasa masih berusaha untuk mengenal pasti mangsa.

"Sebuah pesawat Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra berlanggar dan terhempas semasa Pertunjukan Udara Wings Over Dallas di Lapangan Terbang Eksekutif Dallas di Texas sekitar 1.20 tengah hari waktu tempatan pada Sabtu," kata kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan selepas nahas itu.

Hank Coates, presiden Tentera Udara Peringatan yang memiliki pesawat dan mengadakan pertunjukan udara itu memberitahu wartawan tempatan bahawa pesawat pengebom B-17 Flying Fortress biasanya mempunyai kru empat hingga lima orang manakala pesawat pejuang P-63 Kingcobra mempunyai seorang juruterbang.

Coates berkata tiada pelanggan berbayar berada dalam pesawat itu dan menambah bahawa pesawat itu diterbangkan oleh sukarelawan yang sangat terlatih, lazimnya juruterbang yang telah bersara.

Siasatan itu diketuai pihak berkuasa penerbangan persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: