Budak 12 tahun pandu kereta dari pusat beli-belah

Seorang budak lelaki memandu sebuah kereta di North Lake, Queensland baru-baru ini. - Foto Nine
Seorang budak lelaki memandu sebuah kereta di North Lake, Queensland baru-baru ini. - Foto Nine
A
A
A

BRISBANE - Seorang budak lelaki berumur 12 tahun memandu sebuah kereta kecil dari pusat beli-belah di North Lakes, Queensland baru-baru ini.

Polis berkata pada mulanya, budak lelaki itu tiba di pusat beli-belah berkenaan bersama seorang individu dewasa.

Individu dewasa itu kemudian meninggalkannya di dalam kereta dan keluar membeli-belah.

Setelah ditinggalkan di dalam kereta tersebut, kanak-kanak berkenaan memutuskan untuk memandu kereta tersebut.

Dia kemudian memandu di sekitar tempat letak kereta sebelum keluar ke jalan di North Lakes pada petang Sabtu.

Satu rakaman daripada telefon bimbit seorang saksi memaparkan kanak-kanak tersebut sedang memandu di atas bebendul jalan atau struktur pembahagi jalan.

Polis Queensland melaporkan kereta itu kemudian ditinggalkannya dan budak lelaki berkenaan dilihat berjalan di kawasan berhampiran pusat beli-belah tersebut.

Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: