Piala Malaysia: Aksi separuh akhir kedua TFC, Selangor dipinda

Stuart
Stuart
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan jadual perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia melibatkan aksi Terengganu FC (TFC) menentang Selangor FC.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, pindaan jadual perlawanan berkenaan dibuat selepas pasukan tuan rumah memohon untuk diadakan perlawanan lewat sehari daripada yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut beliau permohonan tersebut diluluskan oleh pihaknya selepas pasukan pelawat turut bersetuju dengan tarikh baharu bagi aksi separuh akhir kedua.

Jelasnya, bagi perlawanan separuh akhir pertama dan aksi separuh kedua melibatkan Johor Darul Ta’zim menentang Sabah FC akan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“MFL bersetuju untuk melakukan pindaan jadual perlawanan separuh akhir kedua melibatkan TFC menentang Selangor FC yang sepatutnya berlangsung pada 20 November 2022 dipinda kepada 21 November 2022.

“Mungkin ada masalah di peringat tempatan, jadi tuan rumah meminta tarikh bagi separuh akhir kedua diadakan pada 21 November dan ia dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

“Jadi kami di pihak MFL, sekiranya kedua-dua pasukan itu bersetuju jadi kami tidak ada masalah untuk meluluskan permohonan mereka. Bagi aksi lain semua akn berjalan seperti biasa,”katanya.

Untuk rekod, separuh akhir pertama Piala Malaysia bakal berlangsung pada 15 dan 16 November ini melibatkan JDT menentang Sabah di Stadium Likas dan Selangor menentang Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan: