[VIDEO] PRU15: UMNO gantung keahlian isteri Shahidan, Ismail

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO bertindak menggantung sementara seluruh jawatan dua Ketua Wanita Bahagian setelah didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kedua-dua mereka adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggantungan ini selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua individu terbabit.

"UMNO ingin memaklumkan penggantungan sementara keseluruhan jawatan di peringkat Cawangan dan Bahagian dua Ketua Wanita UMNO Bahagian iaitu Datin Seri Shamsiah Yassin (Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau) dan Datin Seri Datuk Fatimah Kassim (Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran)," katanya pada Ahad.

Tambah Ahmad Maslan, butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat kepada Lembaga Disiplin dalam masa terdekat

"UMNO ingin menegas, pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU15 ini bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya.

Shamsiah merupakan isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim manakala Fatima ialah isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Kedua-dua penyandang itu dipecat daripada UMNO selepas mengumumkan akan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Artikel Berkaitan: