TFC gah tempah tiket separuh akhir

Tchetche Kipre (kanan) bersama rakan sepasukannya, Faisal Halim meraikan jaringannya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi. - Foto Bernama
Tchetche Kipre (kanan) bersama rakan sepasukannya, Faisal Halim meraikan jaringannya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi. - Foto Bernama
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) menempah tiket separuh akhir Piala Malaysia selepas membenam penyandang juara, KL City FC 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan TFC menang dengan agregat 4-1, sekali gus bakal membuat perhitungan dengan Selangor FC di peringkat separuh akhir minggu depan.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, TFC mula menguji benteng KL City menerusi penyerang berbisa,

Kpah Sherman, namun percubaan pemain kelahiran Liberia itu sipi di sebelah kiri pintu gol pelawat.

Usaha berterusan TFC akhirnya membuahkan hasil apabila Manuel Ott yang tidak dikawal berjaya merobek gawang KL City menerusi merembat kencang dari dalam kotak penalti pada minit ke-21.

KL City hampir menyamakan kedudukan menerusi hantaran Stephen Lambert yang terkena kaki pemain tuan rumah, Pape Diakite tetapi pertahanan kiri, Muhammad Alif Zakaria pantas mengeluarkan bola atas garisan gol.

Ketika aksi babak pertama hampir berakhir, KL City berjaya menyamakan kedudukan selepas penyerang muda, Haqimi Azim Rosli mudah menolak masuk gol hasil hantaran silang kapten, Paulo Josue.

Bersambung babak kedua, TFC terus 'bernafsu' mengasak kubu pasukan pelawat bagi memburu jaringan dan hasilnya, mereka memperoleh gol kedua menerusi Kipre Tchetche pada minit ke-62.

Artikel Berkaitan:

Sherman mengesahkan kemenangan bergaya TFC apabila menyudahkan hantaran silang pemain gantian, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazi pada minit ke-89.