[VIDEO] 'Koyak banner budaya samseng' - Calon PH Hulu Selangor

Kain rentang calon PH yang dikoyakkan individu tidak bertanggungjawab.
Kain rentang calon PH yang dikoyakkan individu tidak bertanggungjawab.
A
A
A

HULU SELANGOR - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan membidas tindakan parti lawan yang mengoyakkan 'banner' gambarnya dan menyifatkan tindakan itu sebagai budaya samseng.

Beliau berkata, tindakan itu dipercayai susulan beliau bercakap mengenai isu dadah, arak dan gangsterisme baru-baru ini.

"Saya tidak mahu menipu diri sendiri dengan menyembunyikan perkara itu dan berasa bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada semua pengundi.

"Banyak yang beritahu saya dan nasihat, doktor...satu isu doktor jangan cakap...dadah, arak dan gangsterisme," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) Harapan Hulu Selangor.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengoyakkan kain rentang calon yang dipasang di sebuah kawasan dekat Pinggiran Tasik Kiambang di sini.

Tambah Dr Sathia, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu didalangi individu tertentu yang sengaja menimbulkan provokasi.

Katanya, jika beliau mengambil sikap berdiam diri dan tidak mendedahkan isu itu dibimbangi akan memburukkan lagi keadaan.

"Bila kita fikir memang penat, bila tengok banner kena potong (dikoyakkan).

Artikel Berkaitan:

"Masalahnya bila saya dapat tahu rupanya mereka dibayar untuk buat sedemikian. Bayarlah untuk tolong orang daripada bayar untuk buat benda yang tak betul.

"Jangan bazirkan duit untuk benda yang tak betul. Lebih baik bayar duit untuk bersihkan kawasan yang kotor," katanya.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan.

Dalam pada itu, Dr Sathia mencadangkan agar kempen PRU akan datang tidak lagi menggunakan bahan fizikal seperti bendera dan kain rentang.

Sebaliknya, beliau berkata, negara perlu mengamalkan konsep 'Go Green' yang lebih mesra alam dan dapat mengelakkan perbuatan khianat seperti merosakkan bahan kempen yang telah dipasang.

Tambahnya, kempen digital dilihat lebih relevan serta tidak membazirkan wang dan tenaga.

Malah, beliau percaya bertan-tan sampah akan terhasil kesan daripada kaedah kempen fizikal yang diamalkan sekian lama.