Taman Saujana dilanda banjir kilat

Salah sebuah rumah yang terjejas dalam dalam kejadian banjir kilat di Taman Saujana.
Salah sebuah rumah yang terjejas dalam dalam kejadian banjir kilat di Taman Saujana.
A
A
A

PASIR GUDANG - Kawasan Taman Saujana, Plentong dekat sini dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak awal petang Sabtu.

Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM) Johor dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat telah menyebabkan kawasan berkenaan mula dinaiki air sejak 2.54 petang.

"Kawasan Taman Saujana di sini, dilaporkan dilanda banjir kilat pada jam 2.54 petang susulan hujan lebat.

"Satu pasukan melibatkan lima anggota APM, dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua lagi daripada badan bukan kerajaan (NGO) telah digerakkan ke lokasi (Taman Saujana) pada jam 3.05 petang bagi membuat pemantauan situasi berkenaan dan mendapati air naik setinggi 0.3 meter.

Keadaan paras air parit yang naik akibat hujan lebat sejak awal petang Sabtu.
Keadaan paras air parit yang naik akibat hujan lebat sejak awal petang Sabtu.

"Bagaimanapun, hasil pemantauan, didapati banjir semakin surut biarpun hujan renyai masih melanda kawasan berkenaan," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, sehingga kini tiada lagi pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Taman Saujana akibat banjir kilat.

Sementara itu menerusi kenyataan media berkenaan, pihak APM turut memberikan bantuan kemanusiaan dengan membantu menyedut air (banjir) keluar.

Artikel Berkaitan:

Anggota APM membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir kilat pada Sabtu.
Anggota APM membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir kilat pada Sabtu.