PRU15: Jian Boon dapat suntikan semangat daripada Chong Wei

Jian Boon (kanan) bersama Chong Wei.
Jian Boon (kanan) bersama Chong Wei.
A
A
A

KULAI - "Jangan putus asa dan terus berjuang," (never give up and keep fighting)."

Itu pesanan ringkas daripada bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kepada calon Parlimen Kulai, Chia Jian Boon (BN-MCA) ketika mereka bertemu dalam program walkabout, pada Sabtu.

Menurut Jian Boon, kata-kata semangat berkenaan dilihat cukup bermakna buatnya bagi menghadapi PRU15.

Malah katanya, biarpun agak terkejut dengan kehadiran Chong Wei, namun dalam masa sama turut berbangga apabila diberikan kata-kata semangat oleh bekas jaguh perseorangan negara itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk (Lee Chong Wei) yang meluangkan masa untuk datang ke Kulai ini.

"Sebelum ini, kami pernah berjumpa beberapa kali, namun saya tetap terkejut apabila diberitahu dia (Chong Wei) ada di salah satu lokasi program saya, iaitu di Indahpura.

"Apa pun, terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikannya kepada saya " katanya pada Sabtu.

Tambah Jian Boon, dia sebenarnya tidak mengetahui mengenai kedatangan Chong Wei ke Kulai.

Bagaimanapun, dia dimaklumkan mengenai perkara berkenaan ketika berada di Indahpura.

Sementara itu, Jian Boon berkata, dia tidak akan melupakan pesanan daripada Chong Wei itu yang disifatkannya sebagai perkara yang sering dilakukan Chong Wei ketika beraksi di gelanggang.

"Setiap kali kita tonton di televisyen, walau dia (Chong Wei), kalah, tetapi dia tetap tidak berputus asa dan cuba kejar (bangkit), balik.

"Sekarang setelah bersara, dia pula memberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang kepada saya dan saya ucapkan terima kasih" katanya.