[VIDEO] Lebih 3,000 iringi pengebumian Allahyarham Paksu Mid

(Gambar kiri) Allahyarham Abdul Hamid - Foto netizen .Orang ramai membantu mengangkat keranda jenazah Allahyarham Paksu Mid menuju ke Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada Sabtu.
(Gambar kiri) Allahyarham Abdul Hamid - Foto netizen .Orang ramai membantu mengangkat keranda jenazah Allahyarham Paksu Mid menuju ke Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada Sabtu.
A
A
A

JERLUN - Jenazah ulama terkenal Kedah, Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid Kuala Pai, 96, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada jam 12 tengah hari pada Sabtu.

Lebih 3,000 orang memenuhi kawasan tanah perkuburan tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid An-Najjah pada jam 11.15 pagi.

Antara pemimpin yang kelihatan hadir memberikan penghormatan adalah pemimpin tempatan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, penyandang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.

Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah antara pemimpin yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah antara pemimpin yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Media melaporkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.30 petang pada Jumaat di Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar dipercayai akibat sakit tua.

Allahyarham Paksu Mid yang dilahirkan pada 1926 terkenal dengan kata-kata hikmahnya sering menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk pemimpin dan masyarakat di negara ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam hantaran Facebooknya berkongsi berita tersebut yang menyifatkan Kedah kehilangan seorang permata.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai memenuhi pekarangan Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam untuk memberikan penghormatan kepada Allahyarham Paksu Mid.
Orang ramai memenuhi pekarangan Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam untuk memberikan penghormatan kepada Allahyarham Paksu Mid.

Antara kata-kata hikmah yang ditinggalkan oleh tokoh ulama ini adalah mengingatkan orang ramai termasuk keluarganya agar tidak meninggalkan al-Quran sebagai pegangan hidup.

Allahyarham Paksu Mid meninggalkan seorang balu, Inche Ollah Arshat, 60an, tiga anak bersama 10 orang cucu.