Ulama Kedah, Paksu Mid Kuala Pai meninggal dunia

Keadaan perkarangan rumah Allahyarham Paksu Mid yang dikunjungi orang ramai yang mahu menziarahinyadi Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang pada malam Jumaat. Gambar kecil: Allahyarham Paksu Mid Kuala Pai. - Foto netizen
Keadaan perkarangan rumah Allahyarham Paksu Mid yang dikunjungi orang ramai yang mahu menziarahinyadi Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang pada malam Jumaat. Gambar kecil: Allahyarham Paksu Mid Kuala Pai. - Foto netizen
A
A
A

ALOR SETAR - Ulama terkenal Kedah, Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid Kuala Pai, 96 meninggal dunia pada jam 6.30 petang pada Jumaat di Putra Medical Centre (PMC), dekat sini dipercayai akibat sakit tua.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam hantaran Facebooknya berkongsi berita tersebut yang menyifatkan Kedah kehilangan seorang permata.

"Telah menghadap Pencipta "Permata Bumi Kedah" sebentar tadi.

"Semoga rohnya dihimpunkan bersama para anbiya dan orang orang soleh.. al-Fatihah," katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara tersebut.

"Saya difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua selepas beberapa lama dikhabarkan tidak sihat.

"Jenazah sudah dibawa pulang ke rumahnya di Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan dijangka dikebumikan esok pagi, " ujar beliau.

Paksu Mid yang dilahirkan pada 1926 terkenal dengan kata-kata hikmahnya sering dikunjungi pemimpin-pemimpin utama negara antaranya Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Artikel Berkaitan: