SK Bandar Anggerik juara Piala Sumbangsih

SK Bandar Anggerik juara Piala Sumbangsih Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor B12 2022.
SK Bandar Anggerik juara Piala Sumbangsih Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor B12 2022.
A
A
A

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik, Shah Alam melaungkan amaran awal untuk mencabar kejuaraan Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Bawah 12 (B12) edisi 2022.

Dalam aksi pembuka tirai Piala Sumbangsih di padang SK Putra Heights 2 pada Khamis, SK Bandar Anggerik tampil garang apabila menjinakkan cabaran SK Sri Kelana, Kelana Jaya 2-0.

Jaringan setiap babak menerusi Mohd Aaron Ebrahim Mohd Zain Azrai dan Aidid Adrian Kamal membolehkan SK Bandar Anggerik yang dibimbing Mohd Nasir Omar mendakap trofi sulung tahun ini.

Kemenangan itu menyaksikan SK Anggerik membawa pulang piala pusingan dan medal yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Induk kejohanan, Datuk Emran Kadir.

Untuk rekod, SK Bandar Anggerik merupakan juara bertahan kejohanan tersebut, manakala SK Sri Kelana kendalian Mohd Aidi Syamer Mohd Shaufi menduduki tempat ketiga tahun lalu.

SK Sri Kelana, Kelana Jaya naib juara Piala Sumbangsih Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor B12 2022.
SK Sri Kelana, Kelana Jaya naib juara Piala Sumbangsih Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor B12 2022.

Dalam saingan Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor B12 kali ini, sebanyak 32 pasukan dari seluruh Selangor mengambil bahagian.

Kejuaraan Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor B12 2022 menerima tajaan berjumlah RM100,000 daripada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad).

Artikel Berkaitan: