ADUN Sarawak jadi sasaran penggodam minta wang dari kenalan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BINTULU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kawasan Murum, Kennedy Chukpai Ugon menjadi sasaran penggodam aplikasi media sosial Telegram setelah beberapa kenalannya menerima mesej kononnya beliau meminta wang daripada mereka.

Menurut satu hantaran di laman Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum, kejadian itu disedari Chukpai sewaktu beliau berada di Rumah Panjang Wang Usin di Jelalong, Tubau, sebuah kawasan pedalaman kira-kira 100km ke timur dari sini pada Khamis.

"Harap semua pihak jangan terpedaya ya. Semoga Tuhan menjaga dan melindungi kita nanti,” menurut hantaran pusat tersebut.

Justeru semua kenalan ADUN Murum itu diminta supaya berhati-hati dan tidak melayan sebarang mesej aplikasi Telegram yang meminta mereka membuat pindahan wang dan satu laporan polis telah dibuat Chukpai di Balai Polis Bintulu, petang Khamis.

Dalam laporan itu, Chukpai berkata, individu yang menggodam akaunnya dan menyamar sebagai dirinya itu telah meminta agar wang sebanyak RM3,000 dipindahkan ke satu akaun bank atas nama Sutrisno.

Beliau turut menafikan pernah meminta sesiapa sahaja termasuk kenalannya untuk membuat pindahan wang tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: