9 warga India terbunuh dalam kebakaran di Maldives

Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah bangunan yang menempatkan pekerja asing di Maldives. - Foto Mohamed Shaabin/AFP
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah bangunan yang menempatkan pekerja asing di Maldives. - Foto Mohamed Shaabin/AFP
A
A
A

NEW DELHI - Sembilan daripada 10 mangsa yang terbunuh dalam kejadian kebakaran di Maldives pada Khamis disahkan warganegara India.

"Kami amat sedih dengan insiden kebakaran di Male yang hingga mengorbankan nyawa, termasuk beberpa warga India.

"Kami sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Maldives," menurut Suruhanjaya Tinggi India.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Maldives (NDMA) memaklumkan pihaknya telah menyediakan pusat pemindahan sementara di Stadium Maafannu untuk mereka yang terjejas dan hilang tempat tinggal akibat kebakaran.

"Persiapan sedang dibuat bagi menyalurkan bantuan dan sokongan," menurut NDMA menerusi ciapan di Twitter.

Kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah bengkel hingga mengorbankan sembilan pekerja India dan seorang warga Bangladesh, menurut laporan media.

"Terkejut mendengar berita mengenai 10 ekspatriat maut dalam kebakaran di Male.

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

"Perlu ada siasatan yang pantas dan teliti terhadap apa yang berlaku, serta meneliti kehidupan ekspatriat di Maldives," kata Speaker Parlimen yang juga bekas presiden Mohamed Nasheed. - Bernama