Lelaki cedera, kereta terbabas dalam parit

Kereta Perodua Axia yang terbabas dalam parit.
Kereta Perodua Axia yang terbabas dalam parit.
A
A
A

KLUANG – Seorang lelaki patah tulang leher selain mengalami luka-luka di seluruh badan setelah kereta yang dinaiki terbabas masuk parit, di Batu 1.5, Jalan Felda Kahang Barat pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor, kereta Perodua Axia dinaiki lelaki berkenaan dipercayai terbabas akibat cuaca hujan dan jalan basah.

Anggota Bomba cuba mengeluarkan mangsa.
Anggota Bomba cuba mengeluarkan mangsa.

“Hasil siasatan, pemandu kereta merupakan pelajar kolej berusia 19 tahun, dari arah Jalan Kahang Barat menghala ke arah Jalan Padang Tembak.

“Ketika melalui selekoh, kenderaan dipandu telah hilang kawalan dan terbabas dan masuk ke dalam parit,” katanya.

Lelaki berkenaan kini dirawat di Hosptial Enche Besar Hajah Kalsom, Kluang dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: