'Rasuah harus dihentikan serta-merta' - Kajendran

Kajendran
Kajendran
A
A
A

KLANG - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja, Kajendran Doraisamy menggesa agar gejala dan amalan rasuah di negara ini dihentikan serta-merta.

Beliau berkata, perbuatan rasuah yang berlaku sejak dahulu hingga sekarang ini akan membantutkan perkembangan dan pembangunan negara.

Justeru tegasnya, budaya rasuah perlu diperangi sebaik mungkin bagi memastikan masa depan negara terjamin.

"Sebenarnya, saya memang anti dengan rasuah. Rasuah ini akan membantutkan perkembangan dan pembangunan sesebuah negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.

Pada masa yang sama, Kajendran turut melafazkan ikrar bahawa akan sama-sama memerangi rasuah.

"Saya sebagai calon Parlimen Kota Raja, saya memang setuju dan berikrar yang rasuah ini harus dihapuskan dan dihentikan," katanya.

Artikel Berkaitan: