Lapan kawasan di Meru dilanda banjir kilat

Sebuah kenderaan dilihat melalui kawasan perumahan di Meru dinaiki air pada Khamis.
Sebuah kenderaan dilihat melalui kawasan perumahan di Meru dinaiki air pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lapan kawasan di sekitar Meru dilanda banjir kilat berikutan hujan tanpa henti sejak jam 3 petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norazam Khamis berkata, lapan kawasan itu ialah di Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan dan Taman Daya.

Anggota bomba membuat pemantauan di rumah penduduk di sekitar Meru yang dilanda banjir kilat pada Khamis.
Anggota bomba membuat pemantauan di rumah penduduk di sekitar Meru yang dilanda banjir kilat pada Khamis.

Menurutnya, selain itu air juga melimpah di Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat lada jam 4.09 petang.

"Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang bersama jentera dan bot masing-masing dikerah ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Norazam, anggaran kedalaman banjir banjir kilat itu mencatatkan kedalaman 0.3 meter, bagaimanapun air semakin surut dan keadaan hujan semakin reda.

"Sehingga kini tiada pemindahan dilakukan dan pihak bomba sedang memantau lokasi banjir dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebuah taman perumahan di Meru dilimpahi air akibat banjir kilat pada Khamis.
Sebuah taman perumahan di Meru dilimpahi air akibat banjir kilat pada Khamis.