[VIDEO] Bayaran BKM Fasa 4 dipercepatkan: PM

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan mempercepatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 tersebut adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November ini.

Menurutnya, pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

"Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

"Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar Ismail Sabri, semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Artikel Berkaitan: