Mangsa banjir seluruh negara meningkat 276 orang

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh. - Foto Bernama
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 276 orang daripada 67 keluarga di Johor, Kelantan dan Selangor setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang yang menempatkan 187 orang daripada 43 keluarga.

Di Johor, 57 individu daripada 18 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Tasek.

Satu PPS yang dibuka di Kelantan pula terletak di Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Pasir Mas yang masih menempatkan 32 individu daripada enam keluarga.

Dalam pada itu, tinjauan stesen oleh Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati terdapat enam sungai yang berada dalam paras bahaya iaitu Sungai Pulai di Johor Bahru, Sungai Keratong dan Sungai Rompin, Pahang; Sungai Perlis di Kangar, Perlis; Sungai Batang Trusan di Sundar, Limbang, Sarawak serta Sungai Langat dekat Kuala Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan: