Heung-min sah beraksi di Piala Dunia Qatar

Son
Son
A
A
A

KAPTEN Korea Selatan, Son Heung-min mengesahkan dirinya akan bermain di Piala Dunia Qatar yang akan membuka tirainya 20 November ini.

Dalam satu hantaran yang dikongsi di laman instagramnya, Penyerang Tottenham itu memberitahu bahawa tidak sabar untuk mewakili negaranya di temasya tersebut.

“Hai semua. Saya hanya mahu mengambil masa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua mesej sokongan yang saya terima sejak minggu lalu

“Saya ada baca mesej tersebut dan sejujurnya, saya sangat menghargai anda semua. Pada saat sukar, saya menerima banyak kekuatan daripada anda semua.

“Bermain untuk negara di Piala Dunia adalah impian setiap kanak-kanak sehingga dia besar dan ia sama dengan saya. Saya tidak akan terlepas Piala Dunia kali ini dan tidak sabar untuk mewakili negara kita yang cantik, jumpa anda tidak lama lagi," katanya.

Heung-min sebelum ini, menjalani pembedahan selepas tulang matanya retak ketika Spurs menang 2-1 ke atas Marseille pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), minggu lalu.

Untuk rekod, Korea memulakan misi di Piala Dunia menentang Uruguay pada 24 November sebelum berdepan Ghana dan Portugal dalam Kumpulan H.

Artikel Berkaitan: