Janji tak makan rasuah jika menang PRU15

Zulkifli (kiri) dan Aziz Jamaludin.
Zulkifli (kiri) dan Aziz Jamaludin.
A
A
A

GOMBAK - Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir berikrar tidak akan terlibat dengan perkara mungkar jika menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Parlimen Gombak itu berkata, beliau akan mengembalikan suasana kehidupan rakyat berpandukan ajaran Nabi Muhammad SAW yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis.

"Saya dengan ini berjanji dengan nama ALLAH SWT wallahi, wabillahi, watallahi. Seandainya saya dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya akan melaksanakan segala perkara yang baik dan mencegah segala perkara yang dilarang.

"Saya tidak akan melakukan perkara yang mungkar seperti makan rasuah dan perkara-perkara yang tidak bermoral. Itu ikrar saya," katanya menerusi mesej kempen Malaysia Berintegriti oleh Sinar Harian.

Sementara itu, calon Bebas Parlimen Gombak, Ir Zulkifli Ahmad turut berjanji tidak akan terlibat dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam apa jua situasi.

"Saya akan berkhidmat dan menggunakan keupayaan saya untuk membawa pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

"Dengan ini, kita dapat membawa masyarakat ke tahap lebih baik dan menjadikan Malaysia sebagai negara maju serta penuh integriti," katanya.

Gombak menyaksikan pertembungan lima penjuru yang mana Aziz Jamaludin dan Zulkifli akan bersaing dengan penyandang kerusi Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN), Datuk Seri Amirudin Shari (PH) dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN).

Artikel Berkaitan: