Guardian tawar potongan harga sehingga 50 peratus

Guardian menawarkan potongan harga barangan terpilih sehingga 50 peratus bermula sekarang sehingga 28 November depan. Gambar kecil: Angela
Guardian menawarkan potongan harga barangan terpilih sehingga 50 peratus bermula sekarang sehingga 28 November depan. Gambar kecil: Angela
A
A
A

SHAH ALAM - Guardian Malaysia (Guardian) menerusi program ekstravaganzanya, ‘Beauty Around The World’ (BATW) Guardian 2022 menawarkan potongan harga barangan terpilih sehingga 50 peratus bermula sekarang sehingga 28 November depan.

Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, Guardian menawarkan ratusan jenama dan produk baru yang menampilkan trend kesihatan dan kecantikan terkini dari seluruh dunia termasuk Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Sepanyol, Singapura, Malaysia dan Thailand.

Menurutnya, sempena BATW 2022, pelbagai peraduan menarik, hadiah percuma dengan belian, kupon penjagaan kulit percuma dan kalendar 2023 percuma dengan kupon bernilai lebih RM140.

“Guardian telah meraih reputasi yang mantap dalam membawa masuk jenama-jenama yang mewakili kecemerlangan teknologi terkini dan trend kecantikan pengguna untuk para pelanggan kami.

“BATW 2022 membawakan trend kecantikan dunia kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dengan tumpuan khusus pada kecantikan dan penjagaan kulit, ekstravaganza BATW tahun ini telah membawa masuk celak mata dan penjagaan rambut kalis air terkini dari Jepun, produk rambut dan kecantikan terkini Korea Selatan, produk penjagaan kulit dan solekan dari Sepanyol, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

“Sebagai hadiah istimewa tahun ini, kami akan mengadakan acara ruang legar Beauty Around the World Guardian yang bakal dianjurkan pada 9 November hingga 13 November 2022 di pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Subang Jaya supaya pelanggan dapat menyaksikan semua jenama dan produk baru itu dan menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan serta menerima hadiah percuma,” jelas Angela.

Menurut Angela, antara program yang diadakan ialah ceramah masterclass oleh pakar-pakar mengenai pelbagai topik menarik.

Artikel Berkaitan:

“Pelanggan juga boleh mendapatkan 'makeover' dan dandanan rambut percuma dengan pembelian tiket bernilai RM30 yang boleh dibeli secara dalam talian di saluran e-dagang Guardian dan App Store.

“Setiap tiket akan melayakkan pelanggan mendapat satu makeover dan dandanan rambut percuma, video 360° percuma dan beg berisi hadiah bernilai lebih RM8. Tempah sesi solekan anda dalam talian sebelum 10 November 2022,” katanya.

Angela berkata, Guardian juga menawarkan Apple iPhone 14 sebagai hadiah utama dalam Peraduan Cabaran Video Tarian dengan hadiah bernilai RM15,000 untuk dimenangi. Anda boleh menyertai Cabaran Video Tarian ini bermula 4 November hingga 28 November 2022.

"Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari dan memilih efek skrin hijau pada telefon pintar anda, pilih negara kegemaran sebagai latar belakang dan rakam tarian anda.

"Seterusnya siarkan video anda di IG Reels atau TikTok dan tag @guardianmy berserta tanda pagar #BeautyAroundTheWorld dan #GuardianMY," katanya.