BAM kekal tagih kepakaran Misbun

Misbun. Foto Agensi.
Misbun. Foto Agensi.
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) masih menaruh kepercayaan dengan pengalaman dan kepakaran Datuk Misbun Sidek selaku Pengarah Pembangunan Remaja untuk membentuk bakat muda baharu negara.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh juga percaya jurulatih berpengalaman itu mempunyai pendekatan dan perancangan terbaik untuk mengilap bakat para pemain remaja.

Justeru, beliau berkata, Misbun diberi peluang untuk melakukan bedah siasat susulan kegagalan pemain negara di Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol bulan lalu.

“Buat masa sekarang, kami akan memberi peluang kepada beliau (Misbun) untuk melakukan apa yang perlu dilakukannya.

“Saya percaya beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti pasukan sains sukan dan pengurusan mengenai perkara ini,” katanya.

Kedudukan Misbun mencetuskan teka-teki selepas prestasi hambar dipamerkan skuad remaja pada saingan Kejohanan Remaja Dunia, bulan lalu.

Kenny juga percaya Misbun akan menilai semula struktur kejurulatihan dan program latihan pemain untuk ditambahbaik.

“Saya percaya beliau akan menjalankan penilaian secara menyeluruh dan lihat apa perkara yang perlu dipertingkatkan lagi terutama membabitkan struktur kejurulatihan dan program latihan pemain.

Artikel Berkaitan:

“Beliau perlu mengemukakan perancangannya dan satu program yang lebih tersusun untuk barisan pemain remaja negara secepat mungkin,” kata Kenny.

Susulan kegagalan itu, Kenny berkata, BAM mungkin akan melakukan rombakan dalam struktur kejurulatihan skuad remaja negara yang diketuai Misbun.

Selain Misbun, lima lagi jurulatih yang mengendalikan pemain bawah 18 tahun negara ialah Hazwan Jamaluddin, Poh Chai Boon (perseorangan), Pang Cheh Chang, Vountus Indra Mawan dan Lufti Zaim (beregu