Kenapa tak cakap, baru nak ajak 'selfie'?

Syed Saddiq berkongsi gambar menaiki tren ke Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Syed Saddiq berkongsi gambar menaiki tren ke Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
A
A
A
MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi gambar menaiki pengangkutan awam, hari ini.

Pengendali Twitter RapidKL tidak ketinggalan 'retweet' gambar tersebut sambil bergurau.

"Baik, YB Syed Saddiq. Tapi kenapa tak cakap nak naik tren kami?

"Baru nak ajak 'selfie' sekali," tulisnya.

Sebelumnya, Syed Saddiq menulis kapsyen pada gambarnya itu dengan beberapa pesanan buat penyokong pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalil.
Artikel Berkaitan:


"Ekor Harimau Malaya! Jangan buang sampah merata-rata. Jangan hisap rokok dan paling penting 'have fun and scream your lungs out for Harimau Malaya'," tulisnya.

Malaysia bertemu Vietnam di pentas final Piala AFF Suzuki 2018 malam ini sebelum beraksi untuk final kedua di Hanoi, Sabtu nanti.