Pejuang hanya sekadar mahu pecah undi: Anwar

Anwar ketika bertemu masyarakat berbilang kaum di lokasi pertama jelajah beliau di Ledang, Johor.
Anwar ketika bertemu masyarakat berbilang kaum di lokasi pertama jelajah beliau di Ledang, Johor.
A
A
A

TANGKAK - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap tindakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekadar untuk memecahkan undi.

Beliau berharap rakyat tidak lagi bercerita atau memikirkan soal kewujudan Dr Mahathir dalam arena politik negara kerana bekas Perdana Menteri itu sudah ‘out’.

“Mahathir jangan kacaulah, sudah-sudahlah. Jangan cerita lagi (pasal Mahathir).

"Dia (Gabungan Tanah Air-Pejuang) buat pecah undi sahaja, jangan bagi pecah undi. Saya mahu orang Melayu, Cina, India di Ledang semua menangkan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program santai di Pusat Jaja Taman Tangkak Jaya.

Dalam pada itu Anwar berkata, PRU15 merupakan peluang terbaik untuk PH menjadi kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata jika gabungan itu gagal membentuk kerajaan, sukar untuk mereka bangkit semula selepas lima tahun.

“Katakanlah kita kalah ini kali, ingat mahu bangkit balik selepas lima tahun senang ke. Susah...ini kali peluang baik untuk kita angkat PH,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anwar juga menafikan dakwaan Dr Mahathir yang beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merancang membentuk kerjasama selepas pilihan raya.

Beliau menyifatkan dakwaan itu hanyalah persepsi ciptaan lawan politik untuk menakutkan rakyat.

“Saya tak mahu kacau dia (Dr Mahathir). Tetapi dia kacau kita.

"Dia kata tak boleh sokong PH, sebab PH mahu pakat. Anwar mahu pakat sama Zahid, apa cakap macam ini, dia susah hati, takut kita menang," katanya.