Polis kesan saksi bantu siasatan kemalangan maut

Seorang lelaki maut akibat dilanggar kenderaan yang masih belum dikenal pasti di Jalan Cheras menghala Kajang berhampiran Eco Cheras Mall pada Sabtu.
Seorang lelaki maut akibat dilanggar kenderaan yang masih belum dikenal pasti di Jalan Cheras menghala Kajang berhampiran Eco Cheras Mall pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesan saksi kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki di Jalan Cheras menghala Kajang berhampiran Eco Cheras Mall di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 52 tahun melintas jalan di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dapat dikenal pasti.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, laporan berkaitan kejadian diterima polis pada jam 2.45 pagi.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Nor Izlan Mohd Rafiee di talian 010-2707997 atau Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: