Tiada guna MCA menang kerusi, jika BN kalah PRU15: Ka Siong

Ka Siong (tengah) bersama calon bagi Parlimen Alor Setar, Chee Hiong menghadiri Majlis Bertemu dengan Wakil Pasukan Sukarelawan Bomba Alor Setar di Lebuhraya Sultan Abdul Hamid pada Isnin. - Foto Bernama
Ka Siong (tengah) bersama calon bagi Parlimen Alor Setar, Chee Hiong menghadiri Majlis Bertemu dengan Wakil Pasukan Sukarelawan Bomba Alor Setar di Lebuhraya Sultan Abdul Hamid pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A
ALOR SETAR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kemenangan parti komponen BN khususnya MCA di kerusi Parlimen yang ditandingi tidak akan bermakna sekiranya gabungan itu gagal memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kerusi yang ditandingi BN tidak boleh dilihat daripada perspektif satu parti semata-mata, sebaliknya secara menyeluruh sebagai gabungan yang membawa kepentingan bersama.

"Tahun 1974, kita (UMNO, MCA, MIC) yang menubuhkan BN dan tiga parti ini masih lagi akrab... Jadi kalau parti sesama kita iaitu BN menang, itu adalah kemenangan kita bersama.



"Saya tidak menganggap ia sebagai parti ini menang lebih, atau parti ini menang sikit. Yang penting ialah BN perlu menang sebagai satu gagasan parti,” katanya pada sidang media selepas berkempen bersama calon BN Parlimen Alor Setar, Tan Chee Hiong di sini pada Isnin.

Ka Siong diminta mengulas mengenai cabaran dan peluang MCA memenangi kerusi yang ditandingi pada PRU15 ini sama ada parti itu diyakini oleh pengundi.

Ditanya mengenai jangkaan kemenangan kerusi bagi MCA, Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, beliau sangat realistik serta menganggap semua pertandingan pada PRU15 kali ini adalah sengit dan penting.
Artikel Berkaitan:


"... pertandingan sengit baru kita akan bertungkus-lumus bekerja kuat. Jadi kita anggap semua kerusi itu penting selagi ada harapan dan peluang untuk kita menang, kita akan bekerja kuat untuk memastikan akhirnya rakyat akan menilai dan mengundi parti yang boleh dipercayai,” katanya.

Selain itu, Ka Siong berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac lepas adalah bukti kepada kejayaan korelasi antara kestabilan dan kemakmuran. - Bernama