Rune benam Djokovic raih gelaran Masters

Rune (kanan) lakar kejutan kalahkan Djokovic untuk rangkul gelaran Masters. - Foto Agensi
Rune (kanan) lakar kejutan kalahkan Djokovic untuk rangkul gelaran Masters. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN tenis remaja Denmark, Holger Rune melakar sejarah apabila merangkul gelaran Masters pertamanya di Paris pada Ahad.

Pemain berusia 19 tahun itu bangkit mengejutkan juara enam kali, Novak Djokovic untuk meraih kemenangan 3-6, 6-3, 7-5.

Rune muncul pemain termuda menang kejohanan di Paris sejak Boris Becker menewaskan lima daripada 10 pemain kelompok terbaik ketika berusia 18 tahun pada 1986.

"Ia satu perasaan paling hebat dalam hidup dan seluruh karier saya.

"Umpama mimpi kecil menjadi kenyataan, walaupun saya memiliki mimpi lebih besar," ujar Rune.

Selepas menang gelaran di Stockholm dan muncul naib juara di Sofia dan Basel, Rune memulakan misi ke final kali keempat dengan menewaskan Stan Wawrinka di pusingan pertama.

Dia kemudian menundukkan Hubert Hurkacz diikuti Andrey Rublev sebelum berdepan Carlos Alcaraz sehingga pemain nombor satu dunia itu menarik diri akibat kecederaan ketika ketinggalan satu set di suku akhir.

Rune memadam rekod 16 aksi tanpa kalah dilakar Felix Auger-Aliassime di separuh akhir untuk berdepan Djokovic.

Artikel Berkaitan:

"Amat penting buat saya untuk menewaskan Felix dan Alcaraz serta semua pemain itu.

"Tetapi, menewaskan Novak di final dan dia mungkin pemain terhebat pernah ada dalam sukan ini adalah satu perasaan cukup tidak masuk akal," kata Rune.