Berkhidmat ikut mood rakyat, bukan pemimpin

Osman akan bertemu pengundi seramai yang boleh setiap hari sepanjang tempoh kempen ini.
Osman akan bertemu pengundi seramai yang boleh setiap hari sepanjang tempoh kempen ini.
A
A
A

LARUT - Calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama, Osman Sidek mahu menabur khidmat bakti mengikut kehendak sebenar rakyat.

Osman, 69, yang bertanding menggunakan lambang kunci berkata, pelaksanaan yang dilakukan kerajaan selama ini terutama agihan bantuan dan pembangunan, tidak sepenuhnya menepati keperluan komuniti setempat.

"Setiap negeri, daerah dan kampung, keperluannya tidak sama kerana itu walaupun kerajaan sudah memerintah lebih 60 tahun, masih ada rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

"Perkara ini berlaku kerana pelaksanaannya hanya mengikut mood pemimpin sahaja, bukan rakyat.

"Jika diberikan peluang, saya akan berkhidmat ikut kehendak setempat," katanya.

Anak tempatan dari Kampung Sungai Rambutan itu berkata, keputusannya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini untuk membawa perubahan terhadap pelaksanaan berkenaan.

Katanya, kemenangan bukan perkara mustahil untuk dicapai memandangkan kecenderungan politik rakyat ketika ini sukar dijangka.

Osman
Osman

Artikel Berkaitan:

"Saya akan jumpa seramai yang boleh setiap hari sepanjang tempoh kempen ini.

"Memandangkan saya orang tempatan, perkara itu bukan susah, semua orang pun kenal saya," katanya.

Osman yang bekerja sebagai kontraktor berkata, pada PRU14 lepas, dia hampir bertanding, namun membatalkan hasrat berkenaan.

"Kali ini barulah hasrat itu tercapai. Alhamdulillah keputusan ini mendapat sokongan penuh daripada rakan, isteri dan semua sembilan anak saya," katanya.

Pada PRU15 ini, penyandang kerusi DUN Selama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Akmal Kamarudin mewakili Perikatan Nasional (PN) berdepan persaingan empat penjuru.

Selain Osman, dua lagi calon adalah Razali Ismail (Pakatan Harapan) dan Faizul Rizal Zulkifli (BN).